Manifesto in Malay

Masyarakat yang utamakan Keadilan, Ikatan Kekeluargaan yang Kuat dan Rakyat yang Bersemangat Tinggi


Rakyat adalah aset utama dan merupakan jiwa sesuatu bangsa. Selama 50 tahun lepas, kepentingan rakyat Singapura dijadikan perkara kedua selepas pembangunan ekonomi. Bangsa kita dalam ambang bahaya kehilangan jiwa dan semangatnya. Kita perlukan wawasan baru untuk mengutamakan kepentingan dan kebahagiaan rakyat Singapura melebihi dari segalanya. Wawasan satu masyarakat yang adil dan saksama dengan ikatan kekeluargaan yang kuat dan kukuh serta semangat diri yang tinggi, inilah visi kami yang berlandaskan Rakyat Diutamakan.

Masyarakat yang Saksama

Dalam satu masyarakat yang saksama, setiap warga Singapura akan mempunyai peluang yang sama untuk ke hadapan dan berjaya dalam bidang yang diceburi. Ini bererti tiada warga yang akan ketinggalan walaupun setelah menghadapi kegagalan. Dalam kita mempratikkan sistem berdasarkan meritokrasi, bakat dan usaha gigih, kita juga harus komited dengan memastikan kesaksamaan dalam sektor –sektor utama seperti peluang pekerjaan, penjagaan kesihatan, pendidikan, perumahan dan pengangkutan.

Polisi elitis PAP sejauh ini telah menyebabkan kepincangan dan kerekahan dalam masyarakat kita sehingga timbul jurang yang luas di antara golongan yang kaya dan mereka yang sangat memerlukan dengan peratusan mereka dari golongan pertengahan yang kian tersepit. Singapura kini menjadi antara negara yang paling mahal untuk didiami di dunia dan rakyatnya sekarang berdepan dengan permasalahan perumahan yang semakin berada di luar pencapaian, kos penjagaan kehidupan yang makin meningkat, sistem pengangkutan yang pengguna kian hilang keyakinan dan sistem pendidikan yang mendorong keluarga untuk menambahkan belanja bagi mendapatkan didikan tambahan dari guru-guru privet. Dalam masa dan keadaan yang sama, gaji tetap tidak berubah atau berubah dalam tingkatan yang lembab menyebabkan ramai keluarga yang rasa tertekan untuk menanggung kos kehidupan yang terus meningkat.

Parti Warga Diutamakan inginkan pembaharuan yang akan mengubah keadaan rakyat dari penghambaan pada perkembangan ekonomi kepada ketuanan. Keperluan dan kebajikan rakyat diutamakan dan didahulukan sebelum kepentingan ekonomi. Kami bertekad untuk mewujudkan masyarakat yang lebih saksama melalui polisi-polisi yang dapat memberi nafas baru kepada cara kita mengurus ekonomi negara agar bertambah peluang pekerjaan yang lebih baik dan yang bergaji tinggi agar dapat keluarga kita menampung kos kehidupan. Dalam masa yang sama, kita akan bekerja keras untuk menguatkan khidmat kebajikan rakyat terutama dalam penjagaan kesihatan, pendidikan, perumahan dan pengangkutan. Rejim cukai yang ada sekarang tidak menunjukkan keadilan dengan pelaksanaan cukai koporat dan individu yang rendah tapi rakyat dibebani dengan sistem kepelbagaian cukai lainnya yang menimbulkan ketidakseimbangan. Walaupun sistem cukai yang lebih saksama mengikut kemampuan dapat mengimbangi ketidakadilan, kami berpendapat ia tidak perlu dilaksanakan sehingga 10 tahun akan datang di mana pembelanjaan untuk keperluan sosial dapat kita tambahi. Buat masa kini, memadai cukai barang dan perkhidmatan (GST) dimansuhkan kerana ia membebani golongan yang berpendapatan rendah dan pertengahan yang kini sudahpun merasa kesempitan hidup di negara ini. Kami juga tidak merasakan ada keperluan untuk melaksanakan cukai dalam bentuk lain setelah pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan.

Ekonomi

Kami akan memajukan ekonomi dengan kebijaksanaan yang lebih dalam penggunaan tanah dan kemahiran yang terhad. Selepas 50 tahun merdeka, ekonomi kita masih banyak bergantung kepada syarikat berbilang negara dan pekerja asing. Kini sudah tiba masanya untuk kita lebih berdikari dengan meningkatkan mutu kemahiran pekerja, jawatan profesional, kepakaran spesialis dan keusahawaan kita. Ekonomi yang sedia ada perlu diubah untuk membolehkan kita kurang bergantung kepada tenaga buruh asing bergaji rendah kerana ia menurunkan tahap gaji minima, menjejas keupayaan produktiviti kita, meneruskan pergantungan kita terhadap industri kemahiran asas dan menyebabkan negara bertambah sesak. Kita perlu mengemas kembali peruntukan pekerja asing yang ada sekarang untuk industri-industri tertentu yang diberi kuota tenaga pekerja asing. Peruntukkan istimewa ini tidak adil dan menjejas polisi tenaga buruh kita. Sebagai contoh, bidang pembinaan dan pembaikan kapal mengajikan 100,000 pekerja asing dari jumlah 120,000 bilangan keseluruhan pekerja yang diperlukan. Kita harus mempersoalkan tumpuan kepada industri-industri tertentu yang boleh menggangu jalinan sosial dan kekeluargaan. Begitu juga dengan adanya 2 kasino yang besar di negara ini. Adakah keperluan kedua kasino tersebut melebihi pelindungan yang harus diberi kepada sistem kekeluargaan dan masalah yang pasti timbul dari penagihan perjudian? Pergantungan kepada tenaga buruh asing juga didapati dengan berlebihan di sektor makanan dan miniman. Walaupun tenaga asing ini dapat menyumbang kepada GDP negara tetapi ia tidak menambah kepada usaha kemajuan sosial dan perkembangan mutu tenaga kerja kita secara keseluruhan.

Kita akan memberi keutamaan kepada perkembangan perniagaan setempat seperti contoh, meningkatkan keupayaan perniagaan kecil dan sederhana untuk membolehkan mereka menjadi syarikat serantau atau dunia. Kita akan membantu mereka dengan memberi geran untuk mereka meneroka bidang-bidang baru terutama yang berkeupayaan teknologi tinggi. Industri kreatif pula dapat menarik lebih banyak warga muda kita yang berbakat untuk menjadi usahawan. Dua sektor yang dapat bersaing dalam tempoh yang panjang ialah pendidikan dan penjagaan kesihatan. Perniagaan dan syarikat kecil serta sederhana boleh membina kepakaran mereka dalam kedua sektor tersebut. Kita harus lebih agresif dalam membantu mereka mengatasi masalah kos perniagaan yang kian meningkat terutama penjualan dan penyewaan bangunan atau tempat perniagaan.

Adakah polisi perancangan dan peruntukkan tanah sedia ada kini menyelebahi pemilik bangunan sehingga membolehkan mereka meningkatkan kos penyewaan tanpa diperiksa kewajaran tindakan tersebut? Mungkinkah polisi menggalakkan pemilikan hartanah telah menyebabkan kenaikkan yang tidak berpatutan berlaku?

Syarikat setempat harus diberi dorongan untuk mengajikan rakyat sendiri dalam semua sektor terutama dalam jawatan peringkat profesional, pengurusan, eksekutif, teknikal dan juga di peringkat tinggi. Tenaga asing hanya akan dipertimbangkan di mana kemahiran tertentu atau pada kepakaran yang tidak ada pada warga sendiri. Syarikat gergasi milik pemerintah patut memulakan usaha ini dengan memberi contoh mengajikan warga sendiri yang berkebolehan di peringkat atasan.

Kita harus mempertimbangkan polisi-polisi yang membelakangkan warga Singapura dan yang mengutamakan pekerja atau penduduk asing. Antaranya ialah sumbangan generasi muda kita dalam perkhidmatan negara. Selepas 50 tahun, sudah sampai masanya kita mengkaji semula tempoh 2 tahun dalam perkhidmatan negara dengan adanya teknologi yang lebih canggih dan cara latihan yang lebih padat. Mungkin sahaja perkhidmatan 2 tahun itu dapat dipendekkan agar anak-anak lelaki kita dapat memanfaatkan usia lewat remaja mereka dengan lebih baik agar tidak ketinggalan dalam pendidikan dan dunia pekerjaan.

Pertalian Keluarga yang lebih Erat

Satu cara kita dapat mengatasi kekurangan tenaga pekerja kita ialah dengan meningkatkan purata kadar kelahiran dari 1.5 kepada 2 orang anak. Tapi untuk merealisasikan solusi tersebut kita perlu mengurangkan kos-kos kehidupan berkeluarga dengan memberi lebih bantuan seperti elaun dan pendidikan percuma dari pra sekolah sehingga universiti. Penjagaan kanak-kanak juga harus diberi subsidi yang lebih agar ia dapat meringankan bebanan wang ibubapa muda.

Penjagaan kanak-kanak tidak juga harus menjadi tanggungan si ibu sehingga si ibu tidak dapat mencari pekerjaan atau meneruskan kerjayanya. Ini boleh dilaksanakan jika perkerjaan yang disediakan boleh didapati berdekatan dengan rumah. Dari itu tempat-tempat seperti pejabat, bengkel, sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak, klinik, hospital, kelab kesihatan, pusat makanan dan pusat membeli belah harus berada dalam jarak waktu 15 minit perjalanan dari kawasan perumahan. Tempat-tempat kemudahan yang disebut tadi harus diperbanyakkan agar ia dapat mengurangkan perjalanan dan tidak jauh daripada tempat kediaman. Kami juga menganjurkan waktu bekerja yang lebih fleksibel agar ia lebih sesuai untuk suri rumahtangga dan warga emas.

Kami mahukan dana yang lebih besar untuk menjadikan setiap kawasan perumahan mempunyai kemudahannya sendiri dan serba lengkap agar ia dapat memenuhi keperluan keluarga untuk hidup dengan lebih nyaman, berhampiran dengan tempat kerja, perkhidmatan yang lebih luas dan efisien serta tempat beriadah dan berhibur. Kami akan mewujudkan sistem audit yang lebih eficien untuk mengukur keberkesanan agensi perkhidmatan awam seperti sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak, hospital dan pusat penjagaan warga tua. Mereka akan dinilai bukan sekadar dengan cara mereka mengurus pembelanjaan malahan juga dengan cara layanan dan perkhidmatan yang disediakan.

Apabila ia menjadi lebih mudah untuk golongan wanita dan warga emas untuk mereruskan kerjaya atau kembali kepada pekerjaan yang sesuai, ini dapat menyelesaikan masalah kekurangan tenaga pekerja. Dalam jangka panjang dengan mutu hidup yang lebih baik, kadar kelahiran akan meningkat dan ini dapat menggelakkan negara ini kepada pergantungan tenaga pekerja asing yang kerterlaluan seperti mana yang diusulkan Kertas Putih Penduduk Singapura baru-baru ini. Seperti mana yang dilakukan negara-negara maju lainnya, Finland dan Denmark, mereka juga mempunyai jumlah penduduk seramai 5 juta orang dan dapat mengembangkan ekonomi mereka dan bersaing di pesada dunia tanpa membawa begitu ramai pekerja asing ke dalam negara mereka.

Warga yang mempunyai semangat yang tinggi

Pemikiran ‘kiasu’ tidak membawa kebaikan kepada hati dan jiwa kita. Ia menghambat kemajuan untuk berani kedepan dan meneroka. Apa yang menyebabkan warga Singapura mempunyai sifat ‘kiasuism’, kurang yakin diri, rasa tertekan sehingga kita dikenali di mata dunia sebagai sebuah masyarakat yang tertekan jiwanya, tidak bahagia dan kurang daya emosinya? Adakah kerana kita takut kegagalan kerana kegagalan itu bakal membawa akibat yang buruk kepada ekonomi dan sistem sosial? Pada masa kini, tiada bantuan sosial yang dapat memberi impak untuk mengatasi permasalahan ini. Apabila seseorang kehilangan pekerjaan, dia bakal kehilangan segalanya kerana dia tiada insuran kehilangan pekerjaan, tiada pelindungan kesihatan dan simpanan untuk hari tua. Semua ini menyebabkan kita semua merasakan ketekanan hidup di Singapura dan melemahkan semangat dalam diri kita.

Adanya jaringan sosial yang kukuh akan dapat menyelamatkan kita dari masalah kemurungan dan hilang kepercayaan diri. Jaringan sosial yang sepatutnya ada harus merangkungmi 3 aspek utama :

  1. Insuran kesihatan yang menyeluruh atau komprehensif
  2. Insuran yang dapat membantu kita apabla kehilangan pekerjaan
  3. Sistem pension untuk hari tua yang melebihi apa yang cuba dicapai oleh CPF yang ada sekarang

Dengan simpanan negara yang berlebihan sepanjang 4 – 5 puluhan tahun lalu kita boleh dan mampu untuk memberi pelindungan dan bantuan sosial untuk rakyat Singapura agar kita lebih bahagia dan yakin dengan persaingan. Rakyat Singapura akan menjadi lebih kreatif dan ini akan membantu kita menjadi golongan yang kaya dengan ide-ide baru yang dapat meningkatkan mutu kehidupan dan keadaan di sekeliling kita.

Kita ada kemampuan tersebut dan kita bertanggungjawab untuk memastikan yang rakyat Singapura menjadi lebih bersemangat tinggi, berbudi, penuh kepercayaan diri dan nilai harga diri yang tinggi.

Kami lebih mengutamakan rakyat Singapura.